Monday, 12 December 2016

PROJECT MANAGEMENT CONSULTANT - PMC (Perunding Pengurusan Projek)

PROJECT MANAGEMENT CONSULTANT – PMC atau PERUNDING PENGURUSAN PROJEK

APA ITU PMC? 

Salah satu ciri-ciri yang penting dalam perbincangan mengenai PMC adalah peranan PMC atau perunding dalam menguruskan sesuatu projek. Entry ini akan menjelaskan beberapa perkara berkenaan dengan PMC dan kesan yang positif dengan kehadiran PMC dalam sesuatu projek.

Antara perkara yang akan di bincang serta di jelaskan adalah tugas dan tanggung jawab firma PMC, kepentingan PMC dalam projek pembinaan di Malaysia pada masa kini dan yang terakhir adalah peranan firma PMC di Malaysia dalam konsep penswastaan.

PERANAN, KELEBIHAN & TANGGUNGJAWAB PMC

Secara umumnya di antara tugas dan peranan PMC adalah :
• Mewujudkan objektif dan keutamaan pelanggan (klien )
• Merekabentuk struktur organisasi projek termasuk mengenalpasti sesuatu keadaan yang perlu seseorang PMC membuat keputusan
• Mengenalpasti tentang cara klien harus berganding bahu dan bekerjasama dalam sesuatu projek.
• Memberi pandangan tentang pemilihan dan pelantikan pihak-pihak yang terlibat dengan projek serta menyediakan bidang tugas masing-masing.
• Mentafsir objektif klien dan menjadikannya satu rumusan kepada pasukan projek
• Menyediakan keseluruham program kerja.
• Pengawalan dan pengawasan kajian kemungkinan, rekabentuk dan memastikan bahawa ringkasan kerja adalah memuaskan termasuk dari segi peruntukan kewangan dan pelaburan serta perancangan program.
• Membuat cadangan dan kawalan pelaksanaan sesuatu strategi untuk PMC-projek yang telah siap.
• Membuat penilaian hasil projek dan membandingkannya dengan objektif dan laporan intertimnya termasuk memberi pandangan tentang strategi pada masa hadapan.

 Institut PMC –‘Malaysian Chapters’ telah meringkaskan enam tugas asas firma PMC, iaitu :
• Mengurus bidang projek dengan mentafsir tujuan dan kerja yang akan dilaksanakan.
• Mengurus sumber manusia yang terlibat dengan projek.
• Mengurus hubungan pihak-pihak yang terlibat agar termaklum dan mempunyai maklumat yang mencukupi bagi menjadikan projek itu selaras.
• Mengurus masa mengikut perancangan dan menepati sesuatu jadual.
• Mengurus dan memantau kualiti agar hasil kerja memuaskan.
• Mengurus kos projek agar terlaksana pada kos minimum yang praktikal dan dalam peruntukan kewangan yang di tetapkan,

Tanggungjawab PMC yang dilantik oleh Pelanggan Pemilik atau Pemaju atau Syarikat secara umumnya adalah untuk mengadakan produk atau hasil akhir yang khusus dengan mengambil kira spesifikasi teknikal, kos dan jadual dengan menggunakan sumber-sumber organisasi yang ada.

PMC juga bertanggungjawab memenuhi objektif keuntungan bagi projek apabila ia dinyatakan di dalam kontrak dengan pelanggan. PMC akan membuat sesuatu keputusan yang muktamad dan adil bagi memastikan objektif projek tercapai.

Selain itu PMC akan mengesyorkan penamatan projek atau penyelesaian alternatif jika objektif dan matlamat projek tidak dapat di capai. Berkhidmat sebagai titik utama bagi projek bersama-sama pelanggan, pengurusan atasan dan pengurus kefungsian akan berunding berkenaan dengan perintah-perintah kerja dengan pelbagai jabatan kefungsian bagi pelaksanaan pakej-pakej kerja dengan menepati spesifikasi dan mematuhi had-had masa dan kos juga merupakan tanggung jawab PMC.

KEPENTINGAN PMC DALAM SESUATU PROJEK MASA KINI

Jadual di bawah menunjukkan sebahagian daripada projek infrastuktur yang memakan belanja yang besar yang di rancang oleh kerajaan. Senarai projek-projek di bawah belum lagi mengambil kira projek mega kerajaan yang sedang dan telah dilaksanakan seperti

  • Projek Terowong Pintar ( SMART Tunnel) yang bernilai lebih kurang RM 1.2 bilion, 
  • Laluan Lingkaran Tengah II ( RM 240 juta ), 
  • Lebuhraya Timur-Barat ke 2. 
  • Lebuhraya Pantai Timur Fasa Ke 2 (RM 1.2 b) dan lain-lain lagi. 

Projek-projek yang di rancang dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia.

Projek                                                                                               Anggaran Kos ( RM billion )     Loji Rawatan Kumbahan                                                                                   0.4                     Lapangan Terbang Kuala Lumpur (Fasa II )                                                     2.0                     Landasan Berkembar KTM                                                                              14.4                     Pelbagai kontrak jalan                                                                                       3.8                   Lebuhraya Pantai Timur                                                                                    2.0                         Projek Gerbang Selatan                                                                                     2.38                       Stesen Pusat Brickfields                                                                                    3.5                      Program Pembentungan Utama                                                                        6.2 ________________________________________________
( Sumber : Kementerian Kewangan Malaysia)

Dari segi hubungkaitnya dengan PMC, projek-projek di atas perlu di lihat dari sudut berikut : 

Pertama : Kecanggihan teknologi dan kaedah pelaksanaannya. Hal ini tentunya memerlukan pengurusan projek pembinaan yang canggih,bersepadu dan mantap serta profesional. (kemahiran,kewibawaan, kecekapan)

Kedua : Kos atau nilai projek . Kegagalan PMC tentunya menyumbang kepada kegagalan projek dan dari segi perspektif nilai projek ini tentunya merugikan serta membazir. Oleh sebab yang demikian dalam hal ini PMC tidak boleh gagal.

Ketiga : Tempoh projek yang singkat dan penyegeraan dalam pelaksanaannya. PMC ialah konsep sewajarnya dan sesuai perlu di amalkan serta di terapkan bagi setiap projek pembinaan kerana negara kita memerlukan pembangunan yang pesat, segera dan terancang. Kekurangan, kelemahan serta ketidakcekapan dalam mengurus projek pembinaan tentunya akan tersasar dari tujuan asal pembinaan projek.

Keempat : Kesan projek pembinaan ke atas projek-projek lain. Sesuatu projek pembinaan yang dibangunkan mempunyai hubungkait dengan aktiviti yang lain seperti kilang simen, barangan separuh siap, kilang kaca, pembangunan sumber manusia, perkembangan institusi kewangan dan insurans dan lain-lain lagi. Kegagalan projek tentunya akan memberi kesan yang besar terhadap industri-industri lain. Konsep PMC sebagai orang tengah adalah penghubung kepada semua pihak terlibat

Kelima : Imej negara keseluruhannya : Kegagalan projek pembinaan tentunya akan memberi imej yang tidak baik kepada negara secara amnya dan kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung dalam projek pembinaan. Semestinya perkara ini perlu di elakkan agar tidak akan berlakunya kerugian kepada semua pihak. Peranan PMC sebagai pemantau KOS dan MASA projek dari permulaan sehingga projek sempurna adalah amat penting bagi penilaian semua pihak

PERANAN PMC DALAM KONSEP PENSWASTAAN DI MALAYSIA 

Konsep penswastaan didefinasikan sebagai pemindahan aktiviti-aktiviti dan fungsi-fungsi sektor awam atau kerajaan kepada sektor swasta. Ini termasuk menjadikan sebahagian jabatan kerajaan kepada syarikat swasta yang juga memainkan peranan sebagai PMC.

Dalam melaksanakan sesuatu projek penswastaan, konsep penswastaan projek merujuk kepada penswastaan projek-projek kerajaan kepada satu-satu syarikat atau konsesi untuk melaksanakan sesuatu projek contohnya Projek Lebuhraya Utara-Selatan.

Bentuk-bentuk penswastaan projek-projek kerajaan termasuk Kontrak Pengurusan ( Management Contract ), Bina-Kendali & Pindah ( Build-Operate & Tansfer ), Bina-Kendali & Milik (Bulid-Operate & Own) , Bina dan Kendali (Build & Operate), Bina dan Pindah (Build & Transfer ) dan Bina-Kendali-Milik & Pindah ( Build-Operate-Own & Transfer ).

 Penswastaan projek tidak hanya menyentuh perkara-perkara berkenaan dengan peningkatan terhadap perkhidmatan dan barangan bahkan juga proses di mana pemerolehan dan penggunaan terhadap teknologi-teknologi baru serta canggih, pertambahan kepada kemahiran dan kepakaran adalah merupakan syarat-syarat dan kelayakan yang amat penting.

Dalam konsep pembangunan hartanah dan perkhidmatan perundingan, badan akreditasi Sijil ISO 9000 serta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menjelaskan bahawa konsep penswastaan sebenarnya adalah lebih berkesan dalam meningkatkan mutu produktiviti sama ada dari segi proses dan masa.

Dalam pengurusan projek dan perundingan , konsep PMC secara menyeluruh adalah penting untuk membuktikan kecemerlangan dalam semua bidang projek dan sebagai salah satu syarat yang penting ke arah mencapai objektif dan tujuan penswastaan.

KESIMPULAN PERANAN PMC

 Dalam bab ini telah banyak penjelasan berkenaan dengan peranan yang perlu di mainkan oleh PMC dan kesannya terhadap kejayaan sesuatu projek. Sekiranya PMC melaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti yang di bincangkan, sudah tentunya perjalanan sesuatu projek tidak akan menimbulkan sebarang masalah. Bab ini juga telah memberi penjelasan tentang kepentingan PMC dalam menjayakan sesuatu projek pada masa kini.

Nakfal Milyar Barokah Global (nakfalmilyar@gmail.com)
 - Penasihat/Pengurus Projek kepada PMC LEGASI ALAMANA CONSULTANT  
                                                                     (legasiamanahconsultant@gmail.com)

No comments:

Post a Comment